Sabtu, 29 Ogos 2020

 TEKNIK BERSUARA TEPAT DITEMPATNYA
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Pemimpin parti Warisan Sabah bijak berpolitik menerap sokongan rakyat jelata diperingkat kampung
 terpencil dengan bantuan beberapa akbar Sabahan yang mantap dan padat isi kandungan nilai erti suara
 rakyat jelata, mungkin dalam kepimpinan Warisan mereka telah menyedari sudah tiba masa nya orang orang kampung diberi peluang bersuara menjelang pilihan raya pada 26 September 2020
agar seluruh rakyat pengundi di Sabah yakin pada perjuangan Warisan, UPKO, PKR, DAP dan AMANAH serta sekutu senyap parti parti kecil mereka berhasil memberi kemenangan dalam pilihan raya September ini.
Sementara bagi pihak kepimpinan PBS, PBRS, STAR, SAPP, UMNO, PAS dan BERSATU di Sabah belum ada tanda tanda diakbar akbar tempatan Sabah memberi peluang rakyat bercakap secara terbuka melainkan suara suara pemimpin tertinggi parti mereka menggesa rakyat bersatu memberi sokongan pada perjuangan semua parti dalam gabungan permaufakatan mereka sendiri.
Sekumpulan kru media meninjau di Sabah diketua Jopis Anak Lagau (Penolong Pengarang) langsung tidak dikenali oleh pemimpin bahagian parti parti politik tempatan walaupun duduk sebelah meja orang tua tua cakap namun mereka anggap sekeliling itu adalah penyokong tegar mereka yang sentiasa menurut kata mungkin tanggapan mereka.
Sebagai tambahan suara beberapa aktivis masyarakat Sabah yang dihubungi mengesahkan tidak ramai orang politik pertengahan dan diperingkat bawahan mengenali kru penyiaran dari luar Sabah melainkan pembawa kamera besar atau Vedio besar baru lah mereka beri penghormatan umpama VVIP namun sekadar mengenakan pakaian seragam sahaja kurang dilihat oleh sebilangan pemimpin politik pertengahan mahupun diperingkat bawahan selamba tidak mengenali.
Berdasarkan terhadap langkah kanan Parti Warisan, UPKO, PKR, DAP dan AMANAH berkempen membuka ruang suara rakyat yang diberi bantuan sehingga 25 September 2020 terlalu sukar meramal kejutan undi rakyat terhadap PBS, UMNO, STAR, PAS, PBRS, BERSATU, SAPP, MCA dan MIC yang belum berusaha memberi ruang rakyat bersuara menyokong mereka dalam akbar berlesen sehingga kini dipelusuk negeri Sabah.















Nota. Dilarang mencatat ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor



Tiada ulasan:

Catat Ulasan