Jumaat, 21 Ogos 2020

RAMAI CALON KECUNDANG PRN SABAH ?
Oleh. Jaitos Dumiri
Sabah. Aktivis masyarakat meramalkan ramai calon parti politik tewas dalam PRN Sabah jika langkah yang diamalkan berdusta pada rakyat jelata tanpa diperbetulkan sebelum membuang undi, ini terbukti sepanjang lima tahun lalu ramai pemimpin parti politik yang dihubungi rakyat bukan sahaja enggan menjawab malah langsung tidak ditemui atau dipanggil oleh pemimpin parti politik dibeberapa kawasan dalam negeri Sabah malah rakyat yang dikeciwakan telah mengajak rakan rakan mereka menghukum dalam pangkah pilihan raya.
Jika pemimpin parti politik berkenaan dicalonkan dalam pilihan raya kali ini golongan yang pernah membohongi rakyat jelata siap siaga lah menanti hukuman pangkah beralih dari rakyat kawasan mereka, selain dari itu suara rakyat yang golongan pemimpin parti politik keciwakan bukan sahaja seorang malah besar kemungkin bakal disertai masyarakat sekeliling jika pemimpin parti politik membohongi rakyat turut berkempen sepanjang pilihan raya dinegeri Sabah tegas aktivis masyarakat yang ditemui.
Tarikh penamaan calon prn Sabah yang telah diumum pada 12 September 2020 dan dijangka 13 September 2020 gerak kempen dijangka bermula dengan beberapa SOP yang akan diumum oleh suruhanjaya Pilihan Raya kelak bagi mengelak penularan Covid 19 dengan bantuan pihak keselamatan dan kakitangan KKM kelak.






Nota. Dilarang membuat ulasan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan