Isnin, 17 Ogos 2020

PRN SABAH BERJALAN LANCAR
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Suruhanjaya pilihan raya telah menetapkan tarikh pilihan raya pada 26 September 2020 manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 12 September 2020 jelas Dr. Azmi Sharon Timbalan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya di Kota Kinabalu hari ini.
Bagi pengundian awal ditetapkan pada 22 September 2020 dimana semakan daftar pemilih 29 Julai 2020 diguna pakai dalam pilihan raya negeri kali ini.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari oleh suruhanjaya pilihan raya negeri Sabah kali ini.
Dianggarkan pilihan raya negeri Sabah kali ini menelan belanja lebih kurang RM186  juta dengan jumlah pengundi 1.12 juta orang pengundi berdaftar dimana diharapkan pencapaian keluar mengundi mencecah 70 peratus dari pengundi berdaftar.
SPR memaklumkan 30,540 petugas akan dilantik menjalankan tugas pegawai SPR kali ini dalam PRN Sabah.
Senarai pengundi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah 12,297 orang.
Semua rakyat berdaftar sebagai pengundi hendak lah keluar mengundi pada tarikh yang ditetapkan bagi memilih wakil rakyat mereka dalam tempoh 5 tahun.
Sebarang rujukan boleh mengemukakan kepada www.spr.gov.my Atau SMS 15888 masa pejabat.




Nota. Dilarang membuat ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan