Sabtu, 29 Ogos 2020

Oleh. Jaitos Dumiri
Hasrat Pas Tanding Perlu Dikaji
Pemimpin parti PAS perlu mengkaji hasrat mereka bertanding bagi prn Sabah kali ini dengan mengambil kira perpecahan undi serta isu yang bakal dimain pihak parti lawan berhubung etnik yang terlalu banyak dan berbilang agama di Sabah.
Sungguhpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia jika diberi ruang bertanding di Sabah namun dalam konteks maufakat Nasional dan Gabungan Bersatu Sabah harus bersedia dengan teknik pihak lawan menurunkan seberapa banyak parti bertanding dalam PRN Sabah kali ini termasuklah USNO BARU, GAGASAN RAJYAT SABAH, PCS, PPRS, PARTI DAMAI SABAH, PARTI LDP dan kemungkinan banyak lagi parti parti kecil Sabahan bakal turun bertanding dengan nekad mahu memecahbelahkan penyokong BN, GBS, MAUFAKAT NASIONAL serta PERIKATAN NASIONAL jelas R. Gerlos aktivis masyarakat kawasan Tuaran Sabah hari ini.

Isu provokasi peta Sabah dimasuk kan kedalam lakaran Pasport Phlifina sejak beberapa minggu lalu tidak menggugat kedudukan Sabah bersama Malaysia terutama kesiap siagaan Angkatan Tentera DiRaja Malaysia serta Polis DiRaja Malaysia masa kini, namun dalam konteks ini pihak kerajaan Malaysia harus bertindak lebih tegas dimana risikan dalaman negara khususnya di Sabah yang terkena tempat terlalu ramai kebanjiran warga asing dari negara jiran terlibat.
Menurut bekas bekas Tentera Malaysia yang ditemui tidak mungkin ada keberanian dari Cagayan City bersuara serupa jika tidak ada orang dalaman jadi batu api atau talibarut menjelang prn Sabah pada September 2020.





Nota. Dilarang Mencatat notis didalam akbar ini jika tidak mendapat keluluaan dari penerbit. Editor






Tiada ulasan:

Catat Ulasan