Jumaat, 21 Ogos 2020

Oleh. Norzaitie Kirwan
MAMPUKAH PENGGABUNGAN DUA PARTI MERAIH UNDI?
Sabah. Sebilangan
penyokong dua parti tempatan Sabah mendakwa rakyat beruntung jika menyokong salah satu dari parti berkenaan berikutan dua parti terlibat bakal membuat penggabungan dalam sedikit masa lagi dijangka sebelum penamaan calon pada 12 September 2020, penyebaran berita penggabungan tersebut disebarkan diperingkat akar umbi khususnya rakyat jelata namun dalam kepimpinan tertinggi kedua dua parti sukar dihubungi bagi mendapat ulasan penggabungan kedua dua parti yang dilaporkan cukup berpengaruh sejak sebulan yang lalu menurut sumber para penyokong parti mereka.
Kedua dua parti yang dilaporkan bakal memeterai perjuangan dalam penggabungan ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah dan Lebral Demokratik Parti (LDP) jelas penyokong kedua parti berkenaan.
Sehingga berita ini ditulis kepimpinan tertinggi kedua dua parti terlibat tidak dapat dihubungi bagi mendapat ulasan sejauh manakah kebenaran penyebaran penggabungan kedua dua parti tersebut oleh penyokong mereka dipelusuk negeri ini.









Nota. Dilarang membuat ulasan didalam akbar ini tanpa mendapat kelulusan dari pihak penerbit.  Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan