Sabtu, 14 Disember 2019

PRK KIMANIS TERLETAK DITANGAN RAKYAT
Oleh. Jopis Anak Lagau
Sabah. Pilihan raya kecil Parlimen Kimanis merupakan satu perhitungan seluruh rakyat setempat kearah menentukan masa depan kawasan mereka dibawah kepimpinan yang diundi sebagai ahli parlimen, jika ahli parlimen yang diundi menjadi pemimpin mereka tunduk sahaja dengan segala pelbagai perkara yang dicadangkan tanpa berani bersuara segala usul rakyat setempat ke parlimen sudah pasti sekadar memberi kesan negitif masa deoan kerusi parlimen tersebut.
Dua tokoh politik yang bakal menentu masa depan kimanis ialah Datuk Seri Panglima Mohd.  Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah dari Parti WARISAN  dan Dato' Sri Bung Mokthar Raden Pengurusi UMNO SABAH sudah pasti telah memilih dengan tepat siapa calon Parlimen Kimanis yang diusul oleh seluruh pengundi tetap dikawasan tersebut dan bukan golongan yang dicadang seorang dua pemimpin parti politik namun jika ianya disebaliknya pasti bakal berlaku sesuatu kejutan bagi kawasan Parlimen Kimanis tegas pengundi kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan