Selasa, 31 Disember 2019

PBS TURUN PADANG
Oleh. Jasly Dollah
Papar. Parti
Bersatu Sabah (PBS)  terus turun padang bagi mendampingi rakyat yang dilanda musibah tanpa mengira bangsa dan agama kearah menghulur sumbangan sekadar yang termampu walaupun kini berada dalam parti pembangkang, ini penting sebagai tanggongjawab membalas budi setiap rakyat yang sentiasa memberi sokongan setia terhadap perjuangan parti sehingga kehari ini tanpa goyah dengan pelbagai dakyah golongan pihak lawan membuatkan PBS bertahan dalam perjuangan.  Demikian kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Panglima Dr.  Maxsimus Johnyti Ongkili semasa menghulur derma sumbangan dari Ibu Pejabat Parti kepada Jinari Mikil Mantan Naib Ketua Bahagian PBS N. 24 Membakut berikutan kebakaran rumah pada hari kedua krismas 2019 lalu yang disempurnakan oleh Datuk Johnny Mositun Naib Presiden PBS mewakili Datuk Seri Panglima Dr. Maxsimus Johnyti Ongkili dalam satu majlis ringkas dekat sini. Dalam pada itu Media Terkini yang bertanya beberapa penduduk yang hadir dimajlis tersebut berhubung kemasukan sejumlah 350 orang penduduk Membakut kedalam Parti Warisan mereka menjelaskan hanya 2 orang sahaja yang gemar berpindah pindah parti menyertai parti tersebut dengan diiringi penyokong Parti Warisan dari kawasan luar Membakut jelas mereka.
Turut hadir pada Majlis tersebut ialah En. Jitim Abak Ketua Bahagian PBS N. 23 Bongawan,  Mr. Tay Jock Liang @ Marcel Mantan Ketua Daerah Membakut, Datuk Raymond Godfery Mantan Bendahari UMNO Bahagian Kimanis, Juhin Aji bekas Ketua Kampung Bingkulas dan George Ansim serta Mr. Robin pada Majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan