Selasa, 17 Disember 2019

 PARLIMEN KIMANIS PANAS
Oleh. Williem Anak Lagau
Pilihan raya kecil
Perlimen Kimanis bakal menjadi medan pertembungan UMNO BN (Pembangkang)  WARISAN (Kerajaan) dan satu lagi blok pembangkang mengintai PBS, STAR, SAPP dan PBRS yang berhasrat memihak kepada Datuk Seri Anifah Aman jika beliau mahu mempertahankan kerusi parlimen tersebut dalam pilihan raya kecil ini, bagi Pengurusi Umno Sabah Dato' Sri Bung Mokthar Raden beliau telah pun selesai menemui seluruh ketua ketua PDM UMNO sebagai langkah persedian awal bagi mempertahankan kerusi Umno tersebut walaupun masih menanti sebarang perbincangan dengan para pemimpin PBS, STAR, SAPP dan PBRS termasuklah PAS, MCA dan MIC Sabah demi sama sama mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis dari jatuh ketangan Warisan.
Bagi Parti Warisan pula mereka memiliki sokongan dari Parti PKR, UPKO, AMANAH, BERSATU dan DAP sebagai langkah menawan Parlimen Kimanis menerusi undian rakyat jelata dikawasan tersebut yang banyak diduduki etnik Dusun Kadazan, Brunei, Samah dan beberapa etnik kecil yang lain bagi kawasaan tersebut.
Hanya kebijaksanaan etnik Kadazan Dusun, Samah dan Brunei mengundi calon bertanding sahaja menjamin Ahli Parlimen Baru mereka sebaik selesai membuang undi dalam jangkamasa terdekat nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan