Ahad, 22 Disember 2019

 HARI KELUARGA MERIAH
Oleh. Helary Sukiono
 Telipok. Majlis hari keluarga dan balik sekolah meriah yang
 dianjurkan oleh warga Kg. Kebayau, Tamalang Telipok
boleh dijadikan contoh setiap kampung bagi memupuk perpaduan ukuhwah  dan silaturrahim diantara satu sama lain serta saling mengenali generasi sesama warga desa yang menyertai program seumpama, selain dari itu memelihara kekeluargaan sangat penting walaupun sekadar jiran tetangga bagi yang memahami rumpun sekampung melainkan terdapat golongan individu yang tidak suka bermaufakat dalam setiap perkampungan masyarakat sejagat.
Turut hadir pada majlis hari keluarga terlibat Ketua Kampung Kebayau Tamalang KK. Rabin @ Azrijan Juani, Pengurusi Tanah Geran Syarikat Kebayau En. Saliman Emat, Pengurusi Surai Kebayau Badin Emat, Para Pemimpin MPKK Kg. Kebayau Tamalang Telipok, Hajah Zaitun Datuk Haji Kassim Timbalan Pengurusi PPBM Bahagian Sepanggar dan Pemimpin Armada Bersatu Sepanggar.
Pelbagai acara diadakan termasuklah pertandingan Melastik Botol, Boling Padang, Pertandingan Jalan Kasut Gergasi, Bola Tampar, Pertandingan Panjat Pokok Licin dan Cabutan Tiket Bertuah.
Majlis tersebut turut disertakan penyampaian sumbangan bantuan warga emas, pesakit kronik, kanak kanak balik sekolah serta bantuan ASNAF TERPILIH hasil usaha semua yang terlibat jawatankuasa penganjur majlis tersebut.
Bagaimanapun jurugambar dan wartawan Media Terkini yang meninjau sepanjang majlis tersebut tidak dikenali para pemimpin parti politik yang menghadiri majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan