Rabu, 18 Disember 2019

PRK KIMANIS DUA PENJURU?
Oleh. Nazar Kirwan
Rakyat parlimen Kimanis membayangkan hanya dua pertembungan
parti pilihan mereka iaitu UMNO dan WARISAN jika memilih bakal ahli parlimen mereka pada 18 Januari 2020 akan datang tanpa memandang propaganda masa kini bakal berlaku percaturan tiga hingga lima penjuru bagi memecahkan kekuatan penyokong kedua dua parti, namun tidak dinafikan propaganda seumpama akan berterusan sehingga penamaan calon pada 4 Januari 2020 sebagai permainan orang tengah demi pecah dan perintah agar salah satu parti antara UMNO DAN WARISAN berpecah memilih pangkah undi pada undi akhir 8  Januari  2020.
Kru media terkini yang menghubungi beberapa kaum Dusun, Samah dan Brunei, Bisaya, Kadayan, Tatana dan etnik peribumi Sabah  pengundi Kimanis dimaklumkan mereka telah ada parti pilihan walaupun belum penamaan calon sebaliknya parti berkenaan memiliki calon yang muda dan benar benar berjuang untuk rakyat  jelata parlimen jelas warga Kimanis hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan