Selasa, 31 Disember 2019

Oleh. Williem Anak Lagau
STAR MEMBAKUT SAH TAK GOYAH
Kimanis.  Menjelang PRK Kimanis pelbagai propaganda
parti lawan bagi meraih sokongan rakyat di Bongawan Kimanis dan Membakut namun sama sekali tidak menggoyahkan perjuangan STAR mahupun barisan parti pembangkang yang mempertaruhkan calon mereka berhadapan siapa juga calon warisan di Parlimen Kimanis,  tiga orang yang menyertai Warisan Holy Jusking, Petrus Edwin Edin dan Liat Selangang @ Herman Abdullah @ Boy telah lama menjalankan kempen parti Warisan malah Herman Boy telah bersama dengan Parti PPRS sebelum PRU ke 14 lagi, ini dijelaskan oleh Banjimin Ondoi Ketua Bahagian Parti Star Membakut bai menerangkan rakyat Sabah berhubung kemasukan ahli Star kedalam Warisan yang menggemparkan masyarakat Sabah beberapa hari lalu namun hakikatnya sekadar 3 orang yang hobi suka bertukar tukar parti disertai sebagai hanya politik suka berkawan tanpa menggoncang sokongan rakyat Parlimen Kinanis terhadap parti Star dan rakan pembangkang lain tegas beliau.
Apapun andaian pihak lawan terhadap STAR dan semua rakan pembangkang lain rakyat bersama kami berusaha berjuang memperkasa perjuangan parti bagi mengembalikan kegemilangan kekuatan bersama yang lalu,  kru media yang menemui sebilangan masyarakat sebahagian pengundi Parlimen Kimanis menyebut akan diusaha menjadi perjuangan rakyat seperti di Parlimen Tanjung Piai yang memang ramai sorak namun jari memangkah dipusat mengundi sebagai satu rashia dan dijamin tiada yang tahu warga Kimanis undi siapa sehingga keputusan pilihan raya diumum pada malam 18 Januari 2020 ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan