Isnin, 16 Disember 2019

MEMBAKAR BANDERA MALAYSIA BIADAP
Oleh. Basron Kirwan
Vedio memaparkan membakar bandera Malaysia ini membukti terdapat kumpulan yang cuba menghidupkan kumpulan Moro menuntut Sabah diperbesarkan sejak kebelakangan ini, vedio ini tidak dapat dipastikan dimana ianya dilakukan namun menggambarkan bahasa digunakan adalah Inggeris dari negara jiran seolah olah mereka ini telah berkuasa besar mahu menuntut negeri orang sesuka hati tanpa merujuk fakta antara bangsa yang sebenar.
Rakyat dikawasan kampung halaman sendiripun tidak mampu dibangunkan ini kan pula hendak ambil negeri orang yang sudah mampu berdiri diatas kaki sendiri, ini komen kumpulan bekas Kelab Bekas Tentera Sabah dan Kelab Bekas Renjer Sarawak yang dihubungi memberi komen berhubung perbuatan dalam vedio ini benar benar memalukan tegas mereka.
Warga asli anak negeri Sabah tidak perlu gundah dengan cerita karut vedio ini malah harus bersatu menentang penyokong kumpulan terlibat jika cuba menyusup Sabah, tidak dinafikan berkemungkinan terdapat kumpulan mereka (vedio)  cuba menyusup ke Sabah bagi mencari penyokong mereka namun para anggota keselamatan negara Malaysia lebih arif mematahkan tindak tanduk penyokong kumpulan vedio ini tegas ahli ahli kelab tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan