Isnin, 30 Disember 2019

KABAR KIMANIS
Oleh. Norafzah Dollah
Parlimen Kimanis. Harapan kedua dua parti bertanding untuk menang memang ada antara Umno BN mahupun Warisan PH bagi merebut kerusi yang dipertandingkan pada penamaan calon 4 Januari 2020, namun bagi anak negeri Kimanis selagi rancangan pendaftaran PSS tidak dibatalkan serta merta besar harapan UMNO BN menjadi pilihan rakyat anak negeri Kimanis walaupun jentera PH lebih 6,000 menjalankan kempen sepanjang tempoh berkempan dikawasan tersebut.
Rudi Subulah pengundi Kimanis yang menghubungi media menjelaskan jika Datuk Sri Bung Mokthar Radin dibantu oleh pemimpin PBS, STAR, PAS, MCA, PBRS, SAPP dan Datuk Seri Anifah Aman kemenangan boleh mereka kecapi sama seperti Parlimen Tg. Piai, namun jika Warisan dan PH membatalkan PSS sebelum penamaan calon PRK Kimanis harapan besar calon Warisan boleh menawan kerusi tersebut sama seperti mereka PH mempertahankan Parlimen Sandakan yang lalu ini lah realiti yang bakal berlaku di PRK Kimanis jika percaturan mereka tidak menentu jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan