Isnin, 18 Februari 2019

 Oleh.  Williem Anak Lagau
KK KETUA ANAK NEGERI DILANTIK
Tambunan.  Kerajaan Sabah yang baharu telah melantik Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri bagi kawasan Tambunan sebagai keperluan masyarakat kampung dalam pelbagai urusan harian selepas tertangguh sehingga hampir sepuluh bulan selepas kerajaan negeri bertukar,  sebilangan penduduk dalam negeri ini masih lagi tertanya tanya mengapa tidak serentak perlantikan penjawat Ketua Kampung dan MPKK bagi seluruh negeri Sabah walaupun telah dihantar semua senarai penama yang menang dalam pemilihan disetiap perkampungan warga anak negeri Sabah beberapa bulan yang lalu ujar mereka.

Media Terkini juga difahamkan masih banyak kawasan yang belum ada Ketua Kampung serta MPKK Ketua Anak Negeri walaupun sudah sudah sepuluh bulan kerajaan negeri menerajuk tampuk pemerintahan, warga anak negeri Sabah berharap teraju kerajaan negeri Sabah mempercepatkan perlantikan tersebut demi kepentingan seluruh penduduk setiap kampung dalam pelbagai urusan tegas mereka yang menghubungi Media Terkini Borneo.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan