Sabtu, 23 Februari 2019

SABAH SAH DALAM PEBENTUKAN MALAYSIA BERSEKUTU
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Berdasarkan pendirian kerajaan Malaysia yang tidak melayan tuntutan Filipina keatas Sabah jelas kes seumpama tidak lagi berasas dan rakyat Malaysia dalam Sabah perlu bersatu menolak semua cerita tuntutan seumpama,  malah perbuatan memperbesarkan isu tuntutan seumpama berulangkali merupakan cuba memecahbelahkan perpaduan pelbagai suku kaum dalam Sabah dan Malaysia amnya menerusi jangkamasa panjang.
Sebagai negara berjiran yang masing masing sudah membentuk kerajaan masing masing Charles Jose Duta Filipina Ke Malaysia tidak wajar meniupkan semangat seumpama terhadap rakyat jelata anak watan asli Sabah,  namun segala kata tuntutan seumpama wajar ditolak seluruh warga Sabah mahupun Malayaia amnya agar tidak dilayan seluruh anak jati sepanjang masa.
Sehubungan dengan ini anak watan negara Malaysia di Sabah wajib bersatu mempertahankan kedaulatan Sabah bersekutu dalam Malaysia,  semua tuntutan yang disebarkan sudah diselami seluruh rakyat negara Malaysia yang tidak tunduk pada tekanan pasti mampu mempertahankan misi yang diperlakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan