Khamis, 14 Februari 2019

Oleh.  Jasly Anak Dollah
PENGEMIS JALANAN TIDAK KELIHATAN?
Sabah. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam kerajaan Sabah mungkin tidak melihat Pengemis Jalanan yang tumbuh bagai cendawan seluruh Kota Kinabalu  dipercayai warga asing dari Philifina berdasarkan kepada loghat bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian, Adun dan Ahli Parlimen kawasan Kota Kinabalu mungkin tidak pernah meronda berjalan dilorong lorong bangunan dan laluan pejalan kaki sehingga pengemis jalanan terancang silih bertukar ganti langsung tidak ada perubahan atau tindakan drastik menghalang mereka.
Perbuatan pengemis
jalanan ini mula ketara pertambahan sejak tujuh bulan yang lepas sehingga kanak kanak kecil lingkungan dua hingga lapan tahun turut dipaksa melakukan kerja mengemis dimana dilaporkan oleh wargakota ada penjaga mereka dari jauh jika ada yang mengganggu bukan pegawai kerajaan,  namun dalam penggambaran kru media terkini Sarawak di Kota Kinabalu bagi menjaga keselamatan satu teknik digunakan ialah memakai baju Kelab Bekas Tentera Malaysia yang berada di Kota Kinabalu semasa penggambaran media terkini menyebabkan beberapa mata liar memerhati penggambaran ini menghilang dalam sekelip mata dipercayai penjaga pengemis jalanan ini.
Penjaga pengemis jalanan ini juga bijak dan pantas membawa pengemis melarikan diri jika kelibat OPERASI BERSEPADU kelihatan di Kota Kinabalu akibat bimbang kuli mereka ditahan,  dengan pendedahan ini anak anak asli negeri Sabah meminta ADUN dan AHLI PARLIMEN serta pegawai dijabatan beliau sama sama berjalan kaki sebagai melakukan penyamaran melihat sebenar PENGEMIS JALAN MELIBATKAN KANAK BERGELIMPANGAN menunggu duit orang hulurkan setiap hari tanpa diketehui jumlah pendapatan mereka secara keseluruhan apa tak lagi penderma pelancong asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan