Isnin, 25 Februari 2019

Oleh.  Basron Kirwan
PEMIMPIN JANGAN BERSIFAT GENGSTER
Penyelaras Parlimen Jasin mengingatkan pemimpin agar tidak mengeluarkan kata kata kesat terhadap Tun Dr.  Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri semata mata meluluskan parti Bersatu melebarkan sayapnya ke Sabah,  Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meluahkan kesalan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam YB Kenny Chua yang tidak bersetuju Bersatu melebarkan sayapnya ke Sabah sebagai tidak memberi peluang hasrat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamnad menyusun langkah permaufakatan dengan parti parti dalam Pakatan Harapan bagi negeri Sabah tanpa ada keciciran dalam perjuangan memperkukuhkan kerajaan hari ini ujar beliau.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berharap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd.  Shafie Haji Apdal  bertindak menegur secara wajar perbuatan YB.  Kenny Chua agar tidak menjadi ikutan masyarakat berbilang kaum dipelusuk negara Malaysia katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan