Selasa, 5 Februari 2019

Oleh.  Norzairie Kirwan
MEMBIMBANGKAN WANITA MEMILIH BERBULU DADA?
Sabah.  Siapa tak bimbang ramai wanita dalam negeri ini bertekad mencari lelaki yang berbulu dada dan hidung mancung sejak pertengahan tahun lepas,  paling menakutkan jika ada golongan isteri lelaki anak negeri Sabah terpalit menurut jejak serupa dan tergamak menuntut cerai suami demi memilih bakal suami baru dikalangan lelaki asing berbulu dada dan hidung mancung digelar lelaki handsome oleh mereka.
Seorang jejaka anak negeri Sabah yang mahu digelar Roy Tenghilan mendedahkan kes ini sebagai membimbangkan jika ada golongan isteri sanggup meminta cerai suami anak negeri Sabah semata mata ingin berkhawin lelaki asing berbulu dada dam hidung mancung,  dipercayai lelaki lelaki seumpama pilihan wanita tempatan dilaporkan warga asing dari Pakistan atau India yang dikatakan tidak memilih status wanita untuk dikhawini asalkan sanggup menjadi isteri mereka dalam negeri Sabah selagi lelaki asing ini masih berkerja,  berniaga didalam negeri ini kecam beliau.
Roy Tenghilan menggelarkan wanita tempatan yang berkelakuan seumpama merupakan mereka yang kurang didikan agama masing, dengan pendedahan seumpama diharapkan semua pihak berwaspada dan menitikberatkan kualiti pendidikan agama dikala anak anak wanita muda agar tidak muda digoda oleh lelaki asing menunggu mangsa katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan