Selasa, 19 Februari 2019

Oleh. Bujie Tukarang
HARGAI TUGAS SETIAP PASUKAN KESELAMATAN
Tamparuli. Semua pihak dikawasan DUN Tamparuli harus menghargai khidmat pasukan keselamatan khususnya Polis Trafik yang sentiasa mengawal lalu lintas setiap hari agar tidak berlaku kesesakan jalan raya,  namun tinjauan media terkini setiap Rabu tamu mingguan Tamparuli mendapati terdapat segelintir pemilik kenderaan tidak mematuhi perundangan meletak kenderaan mereka dikawasan yang menghalang laluan kenderaan lain disekeliling kedai mukim Tampaluri jelas penduduk setempat yang bersimpati PDRM TRAFFIK setempat.
Media Terkini dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa Majlis Daerah Kecil Tamparuli juga harus bertindak mencari tapak parking kenderaan lebih luas dan selamat bagi kawasan pekan Tamparuli secepat mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan