Rabu, 27 Februari 2019

GEMPAR BATU GUNUNG BERAPI UBAT PENYAKIT
Oleh.  Huzara Ben
Kota Kinabalu.  Masyarakat anak negeri Sabah digemparkan pengakuan penjual Batu Larva Gunung Berapi bahawa batunya mampu menyembuhkan Tinggi Darah, Kencing Manis,  Kolestrol,  Ghout dan beberapa jenis penyakit lain bergerak ditamu tamu mingguan dipelusuk negeri ini, yang amat mengelirukan ialah penjual terlibat menggunakan gambar beberapa penyanyi dan pelakon terkenal di Semananjung Malaysia yang sembuh penyakit mereka selepas menggunakan Batu jualannya dalam beberapa bulan sahaja tanpa merujuk Hospital Kerajaan lagi jelas penjual terlibat dikhalayak orang ramai menonton batu jualan nya.
Sesetengah warga anak negeri Sabah yang ditemui pula merasa hairan dengan kuasa batu tersebut mampu mengubati pelbagai jenis penyakit tanpa perlu meminta rawatan Hospital Kerajaan,  bagaimana jika semua pesakit sepenuhnya mengharap kuasa batu terlibat dengan menghentikan rawaran di Hospital Kerajaan selepas membeli Batu Larva Gunung Berapi jika tidak berlaku kesembuhan malah bimbang penyakit setiap pesakit bertambah kritikal mampukah penjual memberi jaminan kepada pesakit tegas
Orang ramai.
Berhati hati dengan penjual produk melibatkan penyembuhan penyakit Kronik tanpa mendapat rawatan kerap di Hospital Kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan