Rabu, 12 Disember 2018

 UMNO SABAH WAJAR TEMUI AHLI DIPERINGKAT CAWANGAN
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Teraju kepimpinan UMNO yang baru dalam negeri ini wajar turun padang bagi menyelami hati seluruh ahli UMNO agar mampu berkongsi daya fikir kemana halatuju parti masa kini selepas menerima tamparan hebat ditinggalkan oleh tunjang kuat selama ini, bebanan berat ini menjadi pengukur kebolehan kedua dua pemimpin seperti Datuk Seri Bung Mokthar Radin dengan Datuk Yakub Khan bagaimana mereka menghimpunkan kekuatan sokongan seluruh ahli diperingkat Cawangan amnya para penduduk kampung yang telah menjadi ahli sejak sekian lama.
Media Terkini yang cuba menjejaki kedua dua pemimpin terlibat gagal bagi mendapat ulasan lanjut mereka membentuk UMNO Sabah yang kuat berwibawa dari akar umbi dan bukan hanya menurut gerak kepimpinan yang boleh bertukar arah dalam sekelip mata, namun sebilangan ahli ahli UMNO diperingkat Cawangan bersetuju jika kepimpinan baru UMNO Sabah memperkasa perjuangan bersama dengan Gabungan Bersatu Sabah jika mahu memiliki undi tulen Sabahan pada pilihan raya ke 15 akan datang tegas warga anak negeri Sabah yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan