Rabu, 12 Disember 2018

 Oleh. Jasly Dolah
PEMIMPIN TERTINGGI UMNO SABAH LUMPUH?
Selepas para pemimpin wakil parlimen dan wakil adun UMNO
Sabah disamping ketua ketua bahagian dan beberapa pemimpin wanita, pemuda dan puteri mengumumkan keluar dari UMNO tugas berat bagi menghidupkan jentera bahagian sememangnya terlalu berat, kini UMNO Sabah diterajui oleh Datuk Seri Bung Mokthar Raden Pengurusi Perhubungan Negeri manakala Datuk Yakub Khan dilantik sebagai Timbalan Pengurusi bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh PEMIMPIN UMNO yang meninggalkan UMNO hari ini. Bagi jentera UMNO diperingkat cawangan pula tidak ada sebarang pengistiharan meninggalkan UMNO sehingga hari ini dan berkemungkinan tunggak UMNO dari Datuk Seri Bung Mokthar Radin dan Datuk Yakub Khan boleh memilih ahli diperingkat Cawangan yang berkelayakan yang selama ini dipinggirkan oleh pemimpin yang keluar dari UMNO Sabah hari ini namun ahli ahli dibawah terus setia bersama parti UMNO.  Bagi mereka yang telah meninggalkan UMNO teruskan perjuangan bersama halatuju parti politik akan datang yang menjadi harapan rakyat Sabah mampu membangun negeri ini setanding dengan seluruh Tanah Melayu di Semamanjung Malaysia khususnya harga getah dengan lantai diatas RM3.00 ujar rakyat jelata.                                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan