Rabu, 26 Disember 2018

 Oleh. Norzairie Kirwan
PEMINTA SEDEKAH TERANCANG BAGAI TAK KELIHATAN?
Sabah. Seluruh ceruk Kota Kinabalu menjadi lombong emas PEMINTA SEDEKAH TERANCANG penuh kebal tanpa diketahui Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Ahli Parlimen setempat bagaikan peminta sedekah berkumpulan tiap hari ini cukup kebal tanpa kelihatan, jika era kerajaan BN dahulu peminta sedekah ini sering diburu dalam operasi pihak berkuasa namun sejak kerajaan Pakatan harapan berkuasa dalam negeri ini tegas mereka. Kerajaan pakatan harapan hari ini harus bertindak tegas terhadap peminta sedekah yang terancang tanpa penghujungnya.
Penduduk anak negeri yang ditemui menjelaskan peminta sedekah ini bijak bersendiwara berikutan pelbagai alasan jika terperangkap oleh pihak berkuasa tempatan yang melakukan operasi bagi mensasarkan sifar peminta sedekah seluruh Kota Kinabalu yang tidak berkesudahan.
Dengan pendedahan ini diharapkan ADUN dan Ahli Parlimen Kawasan Kota Kinabalu kerap turun padang bagi meninjau kawasan Sinsuran, Asia City, Lorong Pejalab Kaki Sepanjang Depan Pejabat Pos, Lorong Depan Segama hingga Depan Wisma Merdeka ujar warga anak negeri yang tinggal sekitar Kota Kinabalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan