Selasa, 11 Disember 2018

Olen. Jopis Anak Lagau
UMNO SABAH BUBAR
Sabah. UMNO Sabah yang dijangka kehilangan dua pertiga pemimpin negeri dan ketua ketua bahagian hari ini (rabu) masih menjadi tanda tanya kemana halatuju politik mereka sama ada menjadi wakil rakyat Bebas, Sertai Parti Bersatu, Pertahan GBS terus menjadi teka teki bagi seluruh rakyat Sabah yang memberi kemenangan keatas Wakil Wakil Rakyat dan Wakil Wakil Parlimen Sabah, sebaliknya jika mereka membubarkan UMNO dan menyertai mana mana parti politik lain sebagai alternetif perjuangan dalam tempoh 5 tahun akan datang ramai rakyat menyamakan nasib politik serupa dengan Datuk Seri Madiys Tangau Timbalan Ketua Menteri Sabah masa kini yang menyokong Parti Warisan sehingga membentuk kerajaan negeri Sabah.
Sebilangan rakyat Sabah yang ditemui mendakwa sesiapa pemimpin parti dalam UMNO Sabah yang terus bertahan disamping Parti PBS, PBRS, STAR dan SAPP bagi mempertahankan perjuangan mereka dalam GABUNGAN BERSATU SABAH golongan terlibat mungkin layak digelar wira dalam perjuangan demi anak anak negeri Sabah, namun dalam senario politik moden seperti putaran roda tidak siapa mampu menduga kemana halatuju sokongan undi rakyat jelata pada pilihan raya kali ke 15 akang datang ujar pengundi yang ditemui hari ini. GAMBAR HIASAN DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJIH HAJI MOHD. NOOR BAKAL MENENTUKAN HALATUJU UMNO SABAH SELEPAS PENGUMUMAN HARI INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan