Ahad, 9 Disember 2018

Oleh. Noorzairie Kirwan
WANITA PERLU JAGA DIRI
Dalam dunia serba moden ini wanita harus menjaga diri dalam aspek peradaban seperti saranan para pendakwa agama terutama bagi menghadapi cabaran kehidupan merebut kehidupan penuh kemewahan, ramai wanita kecundang masa kini dalam bab menghadapi kehidupan serba mewah apabila terjebak dalam dua persimpangan antara Pelacuran atau Keldai Dadah terutama golongan individu hartawan yang sekadar memancing demi dijadikan mangsa mereka sebelum dijadikan hamba pelacur atau keldai dadah.
Anehnya sesetengah wanita hari ini sangat ego dengan mendabik dada apabila berjaya memikat teman mewah dari luar negara tanpa usul periksa latarbelakang pasangan masing masing, namun setelah terpedaya mereka tidak ada pilihan melainkan terus menghilang seketika dan memilih kehidupan memperdagangkan diri di kota kota besar tanpa teringat kembali kepangkal jalan setelah mengecapi kemewahan seketika.
Dalam konteka dunia canggih masa kini para wanita wajar menginsafi diri supaya menjauhi sifat tamak memburu kemewahan dari golongan yang sekadar mencari mangsa buruan mereka, keinsafan dan bertakwa serta muhassabah diri bersyukur hidup sedarhana tanpa membanggakan diri memperolehi jejaka dari luar negara sebagai simbol kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan