Sabtu, 29 Disember 2018

Oleh. Jasly Dollah
SHOLAT HAJAT DOA TAHUN BARU
Sabah. Masyarakat KDM beragama Islam membuat pembaharuan dengan menyambut tahun baru 2019 akan dimulakan dengan Sholat Hajat disusuli Doa Kesyukuran sambutan tahun baru 2019 pada malam 31 Ogos 2018 bertempat di Surau Kg. Kebayau Telipok, antara sumber diperolehi dari Jawatankuasa Surau kampung tersebut bagi membawa umat Islam bagi kawasan Kg. Kebayau, Kg. Tamalang dan Kg. Logkou Baru menghayati erti sebenar tahun baru berlandaskan ajaran Islam sebenar dengan harapan masyarakat Islam setempat sama sama menjayakan majlis seumpama ujar mereka.
Difahamkan umat Islam Kg. Kebayau memiliki 95% dari jumlah penduduk demikian juga Kg. Tamalang yang memiliki 92% umat Islam dari jumlah penduduk manakala Kg. Logkou Baru sekadar 15% penganut Islam dari keseluruhan jumlah penduduk kampung mereka, dengan langkah bijak jawatankuasa Surau Kg. Kebayau menjayakan program seumpama maka ada lah menjadi harapan agar setiap tahun program seumpama dapat diteruskan disamping mendapat sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah pada setiap masa demi mempertingkatkan syiar Islam dari masa kesemasa.
Masyarakat Islam dari Kg. Logkou Baru dan Kg. Tamalang yang ingin menyertai program sambutan tahun baru tersebut boleh berhubung terus kepada jawatankuasa Surau Kebayau sebelum jam 2.00 petang 31 December 2018 demi membincangkan persediaan program tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan