Ahad, 2 Disember 2018

Berita Ringkas
MENGAPA RAKYAT TOLAK KERAJAAN BN? Oleh.
Isu rakyat tolak kerajaan BN pru ke 14 menjadi teka teki sehingga kehari ini terutama kawasan kawasan yang tewas dalam pilihan raya kali ke 14 lalu, bagi rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi kekalahan BN pada pru ke 14 lalu dipercayai berpunca dari segelintir pemimpin bawahan yang gagal memberi penerangan terperinci fakta perjuangan kepimpinan kerajaan BN terutama penjawat Ketua Kampung, Pengurusi JKKK dan sebilangan dipejabat UPPM ujar mereka.
Menurut rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi, antara kata kata yang diluahkan oleh golongan pemimpin bawahan terlibat menemui rakyat ialah, "Tiada peruntukan membantu individu miskin membina rumah yang amat diperlukan, selain dari itu pesakit kronik juga tidak dibantu untuk memohon bantuan EKasih sedangkan tugas pegawai terlibat berusaha menyampaikan kepentingan rakyat jelata yang susah", ini menyebabkan majoriti rakyat susah berpaling tadah memberi kemenangan terhadap kerajaan PH masa kini jelas mereka.
Kemana pergi golongan yang membelakangi rakyat jelata terutama penjawat Ketua Kampung, JKKK dan kakitangan UPPM masa kini?, jelas sebahagian besar dari mereka sudahpun menyertai beberapa parti yang bernaung dalam pakatan harapan tunjang kerajaan masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan