Ahad, 17 Jun 2018

 Oleh. Williem Anak Lagau
SETIA BERSAMA PARTI DIUNDI RAKYAT
Tuaran. Selepas menang menjadi wakil rakyat yang diundi rakyat jelata kawasaan Sulaman, Tamparuli dan Kiulu kini mengekalkan kedudukan wakil rakyat UMNO dan PBS walaupun ramai rakan mereka dari UMNO dan UPKO telah berpaling tadah menyokong PH dan Warisan dalan negeri kita.
Perjuangan telus pasti sentiasa dikelilingi rakyat jelata walau dimana juga berada apa tak lagi tidak membelakangkan parti yang mendapat undi kemenangan tanpa mendapat restu sebenar rakyat jelata yang memberi undian terbesar, ini lah hakikat yang masih dipegang teguh para pengundi UMNO dan PBS dalam tiga dewan undangan negeri yang mewakili satu Parlimen Tuaran yang setia kepada ADUN yang mewakili mereka walaupun kini dikatakan menjadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri jelas mereka.
Antara yang bertahan ialah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji  Haji Mohd. Noor, Datuk Jahid Jahem dan Datuk Joniston Bongkuai yang dilaporkan telah mendapat semangat membentuk parti gabungan bersatu Sabah, jika ini direalisasikan demi masa depan negeri Sabah tanpa dikuasai parti politik luar seperti Sarawak dengan berlandaskan sokongan moral seluruh rakyat berbilang kaum tulen Sabahan tidak mungkin ia boleh diketepikan orang orang Sabah tegas pengundi Seluruh Parlimen Tuaran.



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH LAPISAN MASYARAKAT KAWASAN PARLIMEN TUARAN KHUSUSNYA UMAT ISLAM DUN KIULU, DUN SULAMAN DAN DUN TAMPARULI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan