Isnin, 11 Jun 2018

 ISU POLITIK SEMASA
UMNO BOLEH KEMBALI JIKA BERPAKSI SUARA RAKYAT MALAYSIA
Kuala Lumpur. Parti UMNO dan sekutunya Barisan Nasional pasti mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah jika kembalikan kegemilangan suara dari ahli ahli seluruhnyaseluruhnya diperingkat akar umbi tanpa ada dikecualikan, kebosanan rakyat jelata menyokong UMNO dan BN amnya berpunca dari beberapa pemimpin cawangan yang tidak pernah mendengar suara seluruh ahli parti disetiap cawangan sehingga lah berlaku krisis kejatuhan UMNO dan BN diseluruh Malaysia terutama Sarawak dan Sabah amnya jelas orang ramai yang ditemui.
Dalam konteks Presiden UMNO kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah tidak boleh diperkecilkan memandangkan beliau orang lama dalam UMNO mahupun BN amnya namun langkah utama ialah memperkasa seluruh akar umbi melibatkan ahli ahli parti serta rakyat jelata diseluruh negara agar tidak berlaku keciciran oleh ketua ketua cawangan UMNO,  perubahan pemimpin bukan sahaja dilakukan dari pemimpin tertinggi parti UMNO mahupun semua parti kompenan BN khususnya Sarawak dan Sabah malah seluruh ketua ketua cawangan lama juga harus dibuat pemilihan terbuka dan telus agar semua rakyat jelata berdaftar pengundi mampu memilih kepimpinan mereka yang terbaik tanpa ada sikap pilih kasih ujar orang ramai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan