Sabtu, 30 Jun 2018

Oleh. Jopis Anak Lagau/Basron Kirwan
UMNO TUAN TIDAK GOYAH BERJUANG
Tuaran. Seluruh ahli Parti Keramat UMNO tidak akan goyah meneruskan perjuangan walaupun telah ditikam rakan sendiri dalam BN demi kepentingan peribadi dan bukan nya dari rakyat amnya ahli ahli UMNO Tuaran yang memberi undi kemenangan terhadapnya, jika benar beliau didokong undi oleh seluruh ahli UMNO amnya rakyat Parlimen Tuaran, "Silakan bubar semula kerusi Parlimen Tuaran Dan Lawan Semula Bagi Menentukan Benarkah Rakyat Tuaran Sokong Pemimpin Yang Menyebarang Ke Parti Lawan?", jelas suara pemimpin dan ahli ahli UMNO Tuaran bagi menjelaskan perjuangan mereka terhadap Datuk Madius Tangau. Suara tersebut dilaungkan semasa Mesyuarat Agong UMNO Parlimen Tuaran di Dewan Seri Sulaman hari ini menandakan protes mereka terhadap Datuk Madius Tangau yang menyokong Parti Warisan dan PH menubuh kerajaan negeri Sabah tanpa memberitahu seluruh rakyat Parlimen Tuaran demi memburu kepentingan peribadi beliau dan bukan untuk rakyat seluruh Parlimen Tuaran jelas pemimpin dah ahli ahli UMNO  setempat, menurut mereka lagi jika Datuk Madius yang disokong oleh ahli ahli UMNO tidak memperolehi undi daripada UPKO dalam pilihan raya lepas Datuk Madius tidak akan menjadi Timbalan Ketua Menteri PH sekarang ini tambahan pula undian UPKO DUN Tamparuli memang kalah namun jentera UMNO Tuaran telah memberi kemenangan besar pada UPKO Tuaran sebagai rakan BN kepimpinan dan ahli UMNO jelas mereka. Turut bersuara lantang meminta Parlimen Tuaran dibubarkan ialah Datuk Haji Hajijih Haji Noor Pengurusi UMNO Tuaran merangkap Bendahari Umno negeri Sabah yang tak sudah kekeciwaan terhadap perbuatan Datuk Madius Tangau terhadap sokongan UMNO Tuaran bersama rakyat setempat, sokongan seluruh ahli ahli UMNO Parlimen Tuaran masih kukuh walaupun ada segelintir kakitangan Kerajaan negeri Sabah dan Pusat mengadu mendapat ugutan jika tidak keluar dari ahli ahli UMNO bakal diberi sebarang tindakan susulan ujar UMNO Tuaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan