Selasa, 12 Jun 2018

RINGKASAN BERITA SEMASA.
DUA PERUNDANGAN NEGARA LETAK JAWATAN
Kuala Lumpur. Negara Malaysia kehilangan lagi dua pengamal undang undang apabila mereka mengesahkan meletak jawatan pada 31 Julai 2018, kedua duanya sudah mengemukakan surat perletakan jawatan mereka sehingga 31 Julai 2018 antara Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin.
Kedua dua pengamal undang undang tersebut telah pun mengadap Kebawah Duli Sultan Ke V dan telah diperkenankan permohonan mereka.
Dalam keadaan kerajaan baharu Pakatan Harapan ramai orang berjawatan tinggi sanggup meletak jawatan walaupun dikatakan kerajaan telus dan prihatin pada rakyat, namun sehingga berita ini ditulis rakyat jelata yang bergaji dibawah RM1,000 masih belum terima bantuan rakyat yang dahulu dikenali Brim 1 Malaysia sedangkan tinggal 1 hari nak raya khususnya di Sarawak dan Sabah.
Oleh. Noor Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan