Sabtu, 30 Jun 2018

Oleh. Jopis Anak Lagau
UMNO TUARAN KEKALKAN KETUA MEREKA
Parlimen Tuaran. Dasar kepimpinan penuh kesedarhanaan dan mengutamakan rakyat jelata prinsip perjuangan memimpin seluruh ahli ahli UMNO Parlimen Tuaran mengekalkan Datuk Seri Haji Hajijih Haji Mohd. Noor sebagai ketua bahagian mereka tanpa dipertandingkan, ini jelas dalam mesyuarat agong bahagian UMNO Tuaran bahawa mereka komited akan terus mempertahankan kerusi Dun Sulaman, Kerusi Dun Tamparuli, Kerusi Dun Kiulu dan Kerusi Parlimen Tuaran walaupun MP mereka Datuk Madius Tangau telah menyeberang menyokong parti lawan tanpa berbincang dengan seluruh rakyat kawasan Tuaran terlebih dahulu jelas seluruh perwakilan cawangan cawangan UMNO Tuaran semasa ditemui di Dewan Masyarakat Seri Sulaman dekat sini.
UMNO Tuaran mengakui tidak akan meninggalkan parti keramat walaupun pelbagai tekanan sehingga pilihan raya ke 15 akan datang malah bertekad akan terus menghukum pemimpin parti politik yang mengejar kepenringan peribadi tanpa mendengar suara sokongan rakyat jelata yang mengundi mereka, amat jelas UMNO Tuaran dan ahli ahli parti rakan seperti PBS telah menolak calon Parti Keadilan dan Parti Warisan dalam pengundian PRU ke 14 dengan kekalahan calon mereka namun sikap melompat sokongan dari pemimpin pentingkan diri sendiri mereka bentuk kerajaan tanpa restu rakyat jelata tegas cawangan UMNO Tuaran.
UMNO Tuaran harap Datuk Madius Tangau mengosongkan semula kerusi Parlimen Tuaran agar pilihan raya kecil diadakan bagi menguji sokongan beliau dalam PH boleh menang atau akan menerima protes undi kekalahan yang diluar jangkaan sebagaimana andaian demi rakyat menyokong PH, bergema laungan seluruh ahli UMNO mempertahankan prinsip perjuangan mereka bersama Keris Keramat tanpa tunduk dengan pemimpin PH hari ini walaupun ada pegawai kerajaan masa kini terpaksa mengaku menyokong PH demi mempertahankan kerjaya mereka namun hati mereka kekal bersama kita dalam pilihan raya ke 15 akan datang tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan