Jumaat, 15 Jun 2018

SEKILAS JALAN
IMARAH 1 SYAWAL SEDARHANA PENUH TAWADDUH
15/06/2018
Kota Kinabalu. Jelajah Media Terkini singgah di SURAU KG.KEBAYAU TAMALANG TELIPOK bagi menunaikan sholat AIDILFITRI pagi ini di Imamkan oleh Badin Emat cukup sayu penuh keinsafan dimana bukan sahaja saling berkenalan dengan masyarakat berbilang etnik malah mengenali sebilangan budaya masyarakat setempat, sungguhpun SURAU Kg. Kebayau terlalu kecil namun tidak mematahkan semangat umat Islam setempat menunaikan Sholat Aidilfitri serta sholat lain lima waktu dalam sehari termasuklah Shlot Jumaat yang bertepatan pada hari ini 15 June 2018 yang disertai lebih 50 orang jemaah bersesak dalam Surau sempit yang dilaporkan berusia lebih 30 tahun ujar penduduk setempat.
Adalah menjadi harapan Badin Emat serta beberapa jawatankuasa Surau Kg. Kebayau agar kedhaifan Surau mereka mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Harapan sekarang dapat membwri peruntukan bagi memperbesarkan Surau mereka bagi menampung jemaah setiap menunaikan Sholat serta pelbagai program keagamaan yang lain setiap tahun, namun selepas selesai Sholat Jumaat dan kunjung mengunjung riadah Aidilfitri ramai masyarakat setempat terpegun apabila Group Media Terkini memperkenalkan diri bagi tujuan penggambaran jelajah mereka sebagai siaran khas akbar online tanpa sempadan dimiliki Sykt. Azom Pdoductions House berpusat di Taman Semarak Api 2 Jalan Gombak Kuala Lumpur. Oleh. Basron Kirwan/Noor Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan