Jumaat, 29 Jun 2018

Oleh. Williem Anak Lagau
PRESIDEN YANG BERSAMA RAKYAT PERLU DIUNDI
Kuala Lumpur. Pendekatan merubah memimpin bersama segenap ahli ahli UMNO dan rakyat jelata seluruh negara tanpa mengira kefahaman politik sewajarnya diberi peluang menerajui kepimpinan Presiden Umno demi mengembalikan kegemilangan kuasa Umno pada pemilihan hari ini 30 June 2018, slogan memimpin bersama rakyat jelata bagi memperkasa semula Umno ada dalam diri Tengku Razaleigh Hamzah yang disenangi rakyat dalam kawasan Parlumen Gua Musang dengan langkah beliau yang tidak ada jurang perbezaan berhadapan dengan segenap lapisan rakyat jelata walau dimana sekalipun berada demi kelangsungan Umno dimas akan datang.
Misi mahu merubah perjuangan Umno bersama ahli ahli Umno serta seluruh rakyat jelata Malaysia mampu mengemudi Umno sebagai Presiden kearah menjadi pembangkang diparlimen sehingga pru ke 15 akan datang, ini lah misi kepimpinan seseorang yang berhasrat menjadi Presiden Umno jika seluruh ahli Umno Malaysia mahu merampas semula kekuasaan tampuk kerajaan Malaysia pada pru ke 15 akan datang berhadapan para pemimpin kerajaan masa kini.
Sememangnya kejayaan politik dalam negara ditentukan oleh rakyat jelata dalam misi undi pilihan raya sahaja dimana jika seluruh ahli parti dan rakyat jelata tidak memberi undi dalam pilihan raya pakar penganalisis tidak mampu memberi kemenangan calon calon yang bertanding, oleh itu visi Tengku Razaleigh Hamzah jelas mendokong bersama rakyat jelata mengembalikan kekuatan Umno seiring dengan rakyat seluruh Malaysia agar pemimpin Umno benar benar bersama rakyat jelata.
Rakyat jelata khususnya seluruh ahli Umno bersatu menyokong Tengku Razaleigh Hamzah bagi memimpin Umno selaku Presiden bermula hari ini, hanya dengan perjuangan bersama rakyat jelata sahaja dalam negara ini mampu meraih sokingan kembali berkuasa bukan nya menggunakan jarak perbezaan pada rakyat jelata apa tak lagi bagi golongan berjawatan tinggi.
Sokongan rakyat yang diterima suara mereka mengharap Tengku Razaleigh Hamzah hari ini terus diundi menjadi Presiden Umno demi masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan