Selasa, 19 Jun 2018

RINGKASAN BERITA SEMASA
UMNO BOLEH BERSINAR JIKA KEPIMPINAN MEMBELA RAKYAT TANPA TERCICIR
 Oleh Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Kegemilangan UMNO boleh kembali sebenarnya jika kepimpinan tertingginya mampu membela seluruh rakyat jelata termiskin tanpa ada yang dicicirkan seperti kepimpinan dahulu sebelum PRU ke 14 yang lepas, kejatuhan empayar kerajaan UMNO dan BN pada PRU ke 14 adalah hukuman pengundi yang hidup susah tanpa dipantau oleh kepimpinan  UMNO dan BN disetiap bahagian selama 4 tahun mengakibatkan rakyat tercicir berpaling tadah menyokong parti pembangkang (sebelum pilihan raya ke 14) kini membentuk kerajaan PH hasil sokongan orang orang miskin.
Calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah juga mencadangkan kali ini membenteras politik wang boleh diterima pakai bagi langkah mengembalikan kegemilangan parti UMNO agar kembali semula menubuh kerajaan selepas PRU ke 15 akan datang walaupun cabaran terlalu getir namun peluang besar masih ada,  seluruh Malaysia Sarawak dan Sabah wajar lah UMNO bermuhassabah diri supaya dapat memberi kepercayaan pada rakyat jelata bahawa UMNO akan datang bakal dipimpin oleh muka baru dan bersih disamping berwibawa berhadapan dengan pemimpin parti lawan serta komited dalam memimpin dan membantu rakyat termiskin walaupun berlaku kurang menyenangkan rakyat Borneo jelas orang ramai.
Apapun terpulang lah pada rakyat Malaysia menilai pemimpin UMNO akan datang selepas pemilihan UMNO Malaysia akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan