Jumaat, 30 September 2022

USAHA PASUKAN KESELAMATAN BERJAYA 

Oleh. Huzera Ben

Bangkok. Usaha dan kerjasama terjalin antara Polis Thailand dan Malaysia bertukar maklumat berjaya menyelamatkan wanita ini dalam keadaan selamat. 

Pasukan keselamatan Thailand bersama Malaysia berjaya menyelamatkan Rosnazirah Mohd. Naim (gambar) dengan penangkapan 7 lelaki tempatan serta 1 kenderaan di Kg.Semet Jal Wakaf Baru Kelantan. 

Puan Rosnazirah Mohd. Naim dalam keadaan selamat dan kini telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur bagi pemerhatian pihak polis, malah tidak ada sebarang wang yang dibayar kepada penculik menurut pasukan polis Thailand sehingga berita ini ditulis.

Mangsa culik juga dilaporkan dalam keadaan baik dan tidak ada sebarang kecedraan menurut rekod pasukan keselamatan negara Thailand sehingga berita ini ditulis. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan