Ahad, 4 September 2022

PENYOKONG DOAKAN SEMOGA CEPAT SEMBUH 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Majoriti penyokong Bosku mendoakan Datuk Seri Najib Tun Razak cepat sembuh dari penyakit yang dialaminya bermula tengahari tadi di Penjara Kajang dan dilaporkan  telah dimasuk ke Hospital Kuala Lumpur. 

Kebanyakan Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan supaya penyakit yang dirasainya Allah swt sembuhkan agar segala cabaran yang ditempuhinya masa kini mampu dilaluinya dengan tenang bersandarkan kekuasaan Allah swt tegas penyokongnya yang menghantar ciapan kepada Media Terkini hari ini. 

Selain dari itu penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak juga menggesa Jho Low jika melihat situasi yang dialami Mantan Perdana Menteri berkenaan supaya tampil menyerah diri  bagi membantu menyelasaikan segala tuduhan keatas Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding bersembunyi dengan derita orang lain terang mereka.  

Penyokong Datuk Seri Najib Tun  Razak bukan sahaja ditanah Melayu malah melibatkan Sarawak dan Sabah khususnya negara Indonesia yang turut mendoakan kesembuhan serta pulih kesihatan nya seperti  dahulu. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan menyebarkan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan