Selasa, 27 September 2022

BN MAMPU TAWAN KENINGAU JIKA RAKYAT BERMAUFAKAT 

Oleh. Norsham Tukirin

Keningau. Barisan Nasional mampu menawan kerusi Parlimen Keningau bermaufakat mengubah pemimpin mereka yang mesra dan prihatin pada seluruh warga parlimen tersebut. 

Barisan Nasional Sabah yang dianggota UMNO, MCA, MIC dan PBRS mampu membentuk maufakat seluruh lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama jika kepimpinan mereka terus mendampingi rakyat tanpa ada hentinya.

Parti Bersatu Rakyat Sabah dan UMNO outonomi Sabah boleh menyatukan rakyat Sabah walau mendepani parti parti lawan jika mendapat bantuan dari kepimpinan MCA dan MIC Sabah secara berterusan diseluruh Parlimen Keningau.

Dalam membentuk komitmen kepimpinan berwibawa masa hadapan UMNO dan PBRS Keningau serta Tambunan perlu mendampingi segenap lapisan rakyat jelata tanpa jemu agar perjuangan mereka mampu diterima semua rakyat diseluruh parlimen Keningau pada pru ke 15 akan datang. 

Menurut sumber maklumat penduduk Keningau dan Tambunan, gandaan bersama rakyat dikalangan pemimpin UMNO dan PBRS serta MCA wajar diteruskan lebih kerap sebelum pru ke 15 jika mereka (BN) berhasrat mahu menawan parlimen Keningau pada pru ke 15 akan datang.

Media Terkini dimaklumkan penduduk Keningau Tambunan  hanya calon PBRS atau UMNO sesuai diketengahkan calon Parlimen jika berhasrat mahu merampas kerusi tersebut dari tangan kepimpinan GRS STAR masa kini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan