Isnin, 5 September 2022

CABARAN UMNO BN BESAR PRU KE15 ? 

Oleh. Koijul Hairol 

Umno BN bakal mendepani cabaran besar jika tidak bergerak aktif sehingga keperingkat cawangan dan rakyat jelata amnya bagi memberi penjelasan bersemuka dengan masyarakat sebelum pembubaran parlimen ke 15 akan datang. 

Gerak gempur parti lawan seperti PH, GRS PPBM, WARISAN dan GTA bergerak meraih sokongan sehingga keakar umbi namun BN UMNO masih kurang sampai kepada golongan sasar rakyat jelata melainkan bergerak temui para ketua ketua cawangan sahaja menurut sumber sahih diperingkat luar bandar. 

Dalam tinjauan Media Terkini sebulan lepas kekuatan BN UMNO cukup terasa diperingkat akar umbi disamping semangat penyokong BN mahukan Bos Ku Datuk Seri Najib Tun Razak bebas namun nasib tidak menyebelahinya yang kini ditahan di Penjara Kajang dan rakyat jelata memerlukan pendekatan pemimpin BN UMNO disetiap kawasan, ujar rakyat yang ditemui. 

Gandingan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO masa kini mengemudi parti dan BN amnya cukup teguh dan perlu didokong oleh kepimpinan bawahan sehingga keperingkat cawangan jika mahukan semula UMNO BN kembali menguasai kerajaan Malaysia ulas penyokong BN yang ditemui. 

Umno dan BN Sabah juga perlu duduk semeja bagi mendepani jentera parti lawan dalam memberi kepada rakyat kembali maufakat didalam Umno outonomi Sabahan bersama gabungan Barisan Nasional demi mengembalikan kegemilangan BN dahulu dalam Sabah tanah airku.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita menyebarkan, memuat pelbagai iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala  Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan