Isnin, 19 September 2022

PEMERINTAH SIAP SIAGA PILIHAN RAYA 

Oleh. Williem Anak  Lagau 

Kuching. Para pemimpin parti Gabungan Parti Sarawak  (GPS) bukan sahaja mempertingkatkan usaha pembangunan negeri, malah mereka terus membantu mempertingkatkan ekonomi rakyat disamping berusaha menuntut segala yang termaktub didalam MA 63 agar segala hak hak mereka terus diperolehi dalam jangkamasa panjang. 

Berdasarkan perjuangan kerajaan dibawah naungan GPS yang terus memberi sokongan terhadap kerajaan BN masa kini, segenap lapisan rakyatnya terus bersatu menyokong kerajaan GPS negeri Sarawak tanpa berbelah bahagi walau pelbagai parti masuk negeri mereka. 

Sehingga berita ini ditulis, warga Sarawak mendakwa pelbagai parti dari luar negeri cuba menyantuni segenap rakyat malah ada yang cuba memberi gambaran pelbagai kabar menarik untuk semua orang Sarawak namun sukar diterima kearah masa depan mereka. 

Menurut mereka lagi, bukan muda menerima seseorang pemimpin parti politik jika mereka tidak memahami hati nurani rakyat yang diperlukan mereka meraih sokongan undi apa tak lagi pemimpin yang sekadar mahu diangkat menjadi wakil Adun dan wakil Parlimen amnya ujar mereka.

Kekuatan GPS tidak dapat dinafikan oleh rakyat anak jati Sarawak demi masa depan pembangunan dan ekonomi tanah air warga Sarawak yang menanti pencapaian MA 63.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan