Isnin, 26 September 2022

 JELAJAH PARTI 

POLITIK SANA SINI 

Oleh. Norsham Tukirin

Sabah. Kehangatan jelajah parti parti politik Sabahan masa kini menjurus kepada menjelang pru ke 15 yang dilaporkan bila bila masa namun gerakan jelajah setiap daerah dilapor seiring bagi meraih sokongan rakyat tanpa mengira barisan politik memerintah mahupun parti parti pembangkang  saling bersaing mahu meraih sokongan seluruh rakyat dalam negeri ini.

Sehingga berita ini ditulis antara politik yang bersaing panas termasuklah Barisan Nasional UMNO, Pakatan Harapan UPKO, PARTI WARISAN SABAH dan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan PPBM saling menemui rakyat jelata bergerak menemui seluruh lapisan rakyat jelata dipelbagai daerah.

Sebaliknya golongan badan ngo dan aktivis masyarakat Sabah mendedahkan rakyat jelata masa kini lebih bijak memilih pemimpin yang benar benar memperjuangkan serta membela seluruh ekonomi rakyat jelata dan bukan nya menyokong mereka yang sekadar memerlukan status wakil rakyat sahaja selepas diberi sokongan undi besar didalam pilihan raya.

Mendengar kepada setiap bait kata kata ucapan dalam menemui rakyat berkumpulan pasti sorakan dan tepuk tangan riuh dan hingar bingar bagi memberi sokongan ucapan bernas, namun selepas bersurai dalam jamuan rasmi bersama dengan orang orang penceramah parti politik majoriti rakyat tersenyum dengan apa yang mereka perolehi didalam himpunan tersebut melainkan makan dan minum pada hari tersebut.

Ini lah pendedahan segenap rakyat yang ditemui kru Media Terkini  sepanjang pertengahan bulan September 2022 bagi merungkai jelajah setiap pemimpin parti politik masa kini, sukar digambarkan keprihatinan sebilangan orang politik masa kini sejauh manakah keprihatinan mereka memberi bantuan terhadap rakyat yang memerlukan pertolongan. 

Harapan gerak jelajah politik mampu membela serta menghulur bantuan pada rakyat jelata yang memerlukan dan bukan sekadar ghairah berucap didepan tontonan warga desa tanpa sebarang bantuan yang ditagih rakyat miskin tegas fakir miskin yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan