Isnin, 12 September 2022

Oleh. Williem Anak Lagau 

SARAWAK SABAH PERLU 78 KERUSI PARLIMEN 

Kuching. Kepimpinan kerajaan negeri Sarawak komired menuntut 78 kerusi bagi dua negeri Sarawak dan Sabah dengan nisbah 35 % dari jumlah kerusi parlimen Malaysia 222 masa kini. 

Ini disuarakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian sebagai mengimbangi jumlah wakil Parlimen dari Sarawak dan Sabah menerusi agenda MA63.

Majoriti rakyat yang menyokong kerajaan Sarawak masa kini menyokong usaha kerajaan menuntut kerusi tersebut sejak 1963 lagi sehingga lah masa kini ia perlu diberi kelulusan ujar mereka. 

Jika Sarawak dan Sabah diberi 78 kerusi Parlimen ianya juga wajar seimbang  dalam agihan yakni 39 Negeri Sarawak dan 39 Negeri Sabah demi mengimbangi suara di Dewan Parlimen terang warga Sarawak dan Sabah yang ditemui. 

Dalam mendepani pru ke 15 yang boleh berlaku bila bila masa sahaja kerajaan Sarawak tidak terlalu mendesak meminta 35% tersebut namun diharapkan ia mampu dilaksanakan selepas pru ke 15 akan datang. 

Ini menandakan hanya 144 kerusi sahaja Parlimen diseluruh Semananjung Malaysia sebaik tuntutan 78 kerusi Parlimen diberi kepada Sarawak dan Sabah pada masa akan datang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan