Isnin, 26 September 2022

 UMNO PERLU 

TURUN PADANG 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. UMNO perlu turun padang keakar umbi  bagi menyatupadukan semula ahli ahli serta penyokong yang diperdaya golongan parti lawan sepanjang pelbagai tuduhan keatas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjalan sehingga lah beliau dibebaskan serta dilepaskan kesemua pertuduhan tersebut baru baru ini. 

Ahli UMNO serta penyokong UMNO dan BN diseluruh negara khususnya dinegeri Sabah perlu mengembalikan sokongan keatas UMNO penuh bermaruah tanpa terpedaya dengan dakyah golongan pemimpin parti lawan yang sekadar memecahbelahkan UMNO dan BN amnya. 

Perjuangan bersandarkan kejujuran dan ketelusan seperti yang diamalkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  berjaya membersihkan nama baik beliau selaku Presiden Umno dan Pengurusi Barisan Nasional sekaligus wajar seluruh ahli dan penyokong UMNO dan BN bersatu semula mengembalikan kekuatan dalam mengembalikan kerajaan BN Malaysia.

Seluruh penyokong UMNO dan BN Sabah juga perlu seiring dengan langkah Umno dan BN terus berjuang walaupun pelbagai cabaran ditempuhi bagi melemahkan semangat seluruh penyokong mereka dalam jangkamasa panjang.

Malah sebilangan musuh UMNO dan BN diseluruh negara dilaporkan tidak pernah berhenti dengan pelbagai dakwaan demi meracuni pemikiran setiap penyokong mereka agar berpaling tadah menyokong parti politik yang diperjuangkan oleh golongan musuh musuh UMNO dan BN sampai lah masa kini.

Keberanian dan kesungguhan seluruh pejuang UMNO dan BN yang bertahan sehingga kini perlu didokong oleh warga seluruhnya demi tanah air dan kerajaan yang bensr benar berwibawa memajukan setiap rakyat jelata yang miskin, selain dari itu UMNO dan BN berjaya mengimbangi kemajuan pembangunan dan ekonomi Sarawak dan Sabah sejak bermula perjuangan dari Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sehingga lah masa kini walau tergendala selama 22 bulan yang lalu.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus  Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan