Jumaat, 30 September 2022

TARIKH PRU KE 15 SUDAH DIMETERAI 

Oleh. Basron Kirwan 

Bangunan UMNO. Top 5 UMNO sudah meterai tarikh pru ke 15 sebagai tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob  Perdana Menteri Malaysia sebagai mengembalikan semula mandat kepada seluruh rakyat bagi memilih kerajaan yang baharu. 

Tarikh yang ditetapkan dalam mesyuarat top 5 umno berkenaan bakal dipersembahkan oleh Perdana Menteri Malaysia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebaik dibawa kepada Kabenit Kerajaan Malaysia masa kini menurut sumber kerajaan pusat masa kini.

Siapakah parti parti yang sudah bersiap siaga mendampingi seluruh rakyat Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah?,  masih terlalu awal bagi membuat rumusan persediaan setiap jentera parti politik bersama rakyat jelata berikutan menunggu nama mereka yang disenarai pendek untuk pilihan calon parti masing masing. 

Sarawak dipercayai BN sandarkan kepada Gabungan Parti Sarawak bagi meraih sokongan penuh undi rakyat jelata setempat, sebaliknya Sabah terlalu sukar dibuat penilaian berikutan BN masih bersekongkol dengan Gabungan Rakyat Sabah sehingga berita ini ditulis serta parti lawan juga lebih mendampingi rakyat jelata.

Pakatan Harapan, Amanah, Gabungan Tanah Air Ku, Dap dan WARISAN bakal bertembung dengan Gabungan Rakyat Sabah, Barisan Nasional bagi meraih undi rakyat jelata sebaik pembubaran dibuat secepat mungkin.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan