Selasa, 27 September 2022

Oleh. Huzera Ben

COVID 19 DUNIA BELUM BERHENTI 

India. Setelah hampir tiga tahun dunia berdepan dengan virus covid 19 rekod kematian keseluruhan berjumlah 6,541,519 orang sehingga hari ini jumlah kes berjumlah 620,640,348 orang.

Amerika Syarikat terus mencatat kematian tertinggi  sehingga hari ini berjumlah 1,082,030 manakala kes jangkitan 97,959,573 orang manakala India merekodkan kematian berjumlah 528,510 orang sementara jangkitan berjumlah 44,573,789 orang. 

Bagi negara Brazil mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 685,881 orang sementara jangkitan berjumlah 34,681,231 orang manakala negara Francis merekodkan angka kematian berjumlah 154,960 orang dan jangkitan 35,164,535 orang sehingga hari ini.

Menurut pemerhati covid 19 dunia selagi warga penduduk tidak berwaspada bagi mengawal penularan penyakit tersebut selagi itu virusnya akan terus berjangkit dan merbahaya kepada golongan berisiko dan pesakit kronik. 

Sama sama lah kita mengekalkan pemakaian MASK DAN PENJARAKAN DIRI dikhalayak orang ramai setiap hari disamping kerap membersih tangan setiap masa agar terlindung dari virus covid 19 jangkamasa panjang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan