Isnin, 20 Jun 2022

SERANGAN COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Serangan virus covid 19 seluruh dunia sejak tahun 2020 sehingga hari ini telah membunuh berjumlah 6,384,470 orang, jangkitan berjumlah 542,656,155 orang manakala dalam rawatan dilapor hari ini berjumlah 23,890,766 orang. 

Amerika Syarikat terus mencatatkan korban tertinggi serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 1,038,323 orang, negara Brazil juga mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 669,109 orang dalam tempoh yang sama, manakala negara India  dalam masa yang sama merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 524,873 orang. 

Bagi negara Rusia kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 380,517 orang, dalam tempoh yang sama negara Mexico turut merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 325,408 orang manakala negara Peru juga mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 213,389 orang dalam tempoh yang sama. 

Dunia telah memperkenalkan pelbagai vaksin bagi melawan virus covid 19  namun kematian terus berlaku sehingga hari ini termasuklah negara  United Kingdom sejak tahun 2020 hingga hari ini mencatatkan kematian berjumlah 179,537 orang, disusuli negara Itali dalam tempoh yang sama merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 167,721 orang.  

Negara Sepanyol sejak tahun 2020 hingga hari ini mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 159,605 orang, disusuli negara Indonesia berjumlah 156,687 orang dalam tempoh yang sama, manakala negara Perancis merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 149,039 orang sejak tahun 2020 sehingga masa kini.

Turut mencatat kematian tertinggi serangan covid 19 sejak tahun 2020 hingga masa kini ialah negara Iran berjumlah 141,363 orang, disusuli negara Jerman dalam tempoh yang sama berjumlah 140,292 orang, negara Colombia berjumlah 139,918 orang juga tempoh yang sama.

Negara Argentina turut meningkat kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 128,994 orang, negara Poland dalam masa yang sama berjumlah 116,393 orang, turut mencatatkan kematian dalam masa yang sama negara Ukraine berjumlah 108,605 orang dan negara Afrika Selatan juga tempoh yang sama berjumlah 101,604 orang.

Bagi melindungi serangan covid 19 pastikan penggunaan Jarak 4 Kaki setiap antara satu sama lain disamping menutup hidung dan mulut setiap berada diluar rumah khususnya tempat tumpuan orang ramai walau dimana juga negara berada.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan