Khamis, 16 Jun 2022

PARLIMEN KOTA BELUD SIAPA CALON?

Oleh. Williem Anak Lagau 

Percaturan parti parti politik dalam kawasan parlimen Kota Belud terlalu sukar antara GRS, PAKATAN HARAPAN, WARISAN, BARISAN NASIONAL jika tersilap langkah dalam memilih calon untuk dipertandingkan.

BN dilaporkan boleh memilih calon dari UMNO, PBRS namun dalam senyap PBS sukar diramal siapa kah yang mereka sokong atau mereka juga bakal mendapat usul dari rakyat untuk meletak calon bersendirian mendepani parti parti yang lain jelas penduduk KDM kawasan tersebut. 

Parlimen Kota Belud juga memiliki empat kerusi Dewan Undangan Negeri masa kini, iaitu Dun Pintasan, Dun Usukan, Dun Tempasuk serta Dun Kadamaian dengan pengundi terbanyak Dusun dan Samah disamping etnik lain yang mengundi dikawasaan terlibat. 

Sehingga berita ini ditulis sebilangan warga Parlimen Kota Belud mendakwa hanya KDMR dan SAMAH BAJAU mempunyai pengundi ramai bagi menentukan siapa calon yang mampu meraih sokongan terbanyak dari mereka.

Percaturan calon yang banyak dikawasan Parlimen Kota Belud dalam PRU ke 15 akan datang dilaporkan mampu memberi peluang pada parti yang mempunyai kuasa penuh dalam Sabah namun ianya memerlukan usaha gigih  bagi mendampingi seluruh pengundi kawasan tersebut. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan