Ahad, 5 Jun 2022

KEMATIAN TERUS MENINGKAT 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Rekod empat negara tanpa kematian serangan virus covid 19 terus bertahan sejak tahun 2020 sehingga hari ini, ianya adalah Macau, Sint Maarten, Kota Vatican dan Curacao dimana setiap kes jangkitan dapat sembuh dengan kaedah rawatan perubatan negara terbabit. 

Rekod dunia sejak tahun 2020 sehingga hari ini jumlah kematian serangan covid 19 ialah 6,364,451 orang, jumlah jangkitan mencecah 534,307,020 orang manakala sedang dalam rawatan hari ini berjumlah 28,432,061 orang.

Amerika Syarikat terus mencatat jumlah kematian sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 1,033,571 orang, negara Brazil berjumlah 667,044 orang dan India berjumlah 524,692 orang, Rusia berjumlah 379,520 orang dan Mexico berjumlah 324,966 orang serta negara Peru 213,248 orang. 

Turut mencatatkan kematian tertinggi serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini ialah, United Kingdom berjumlah 178,749 orang, negara Itali berjumlah 166,922 orang, negara Sepanyol berjumlah 159, 605 orang, Indonesia 156,615 orang, negara Perancis 148,464 orang dan negara Iran berjumlah 141,331 orang. 

Sejarah serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini turut meragut nyawa terbanyak dinegara Colombia dengan jumlah 139,867 orang, negara Jerman berjumlah 139,748 orang dan negara Argentina berjumlah 128,889 orang. 

Bagi negara Poland sejak tahun 2020 sehingga hari ini juga mencatat kematian serangan covid 19 berjumlah 116,349 orang, disusuli negara Ukraine dalam tempoh yang sama berjumlah 108,538 orang dan negara Afrika Selatan dalam masa yang sama berjumlah 101,313 orang. 

Sejajar dengan situasi ini, dunia masih perlu menggunakan kaedah pemakaian pelitup muka bagi menutup mulut dan hidung disamping penjarakan diri lebih kurang 1 meter atau sekurang kurangnya 4 kaki setiap seorang serta sentiasa membawa pencuci tangan setiap masa. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak atau memuat turun berita ini, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan