Rabu, 15 Jun 2022

Berita Ringkas 

Oleh. Gason Dumiri 

Sejak beberapa hari lepas kumpulan watsap group kecoh lagi dengan kenaikan harga makan minum dikalangan perniagaan mereka bagai suka hati menaik kadar harga segala urusniaga dilaman sosial.

Ini dilaporkan berlaku didalam negeri Sabah sehingga merisaukan seluruh rakyat yang berpendapatan RM2,000 kebawah setiap bulan. 

Sehubungan dengan ini kerajaan Malaysia dan negeri Sabah amnya perlu membantu rakyat berpendapatan rendah dari dibebani dengan kenaikan harga makanan serta minuman tidak kira peniaga bandar, pekan mahupun perkampungan terpencil yang dilaporkan sering ambil kesempatan mengaut keuntungan tiap hari. 



 BERWASPADA DIJALAN RAYA 

Oleh. Koijul Hairul 

Semua pemandu diatas jalan raya wajar berwaspada serta bertimbangrasa dengan setiap lapisan pemandu demi mengelak sebarang kemalangan jalan raya sehingga melibatkan kerosakan kenderaan masing masing.

Selain dari itu emosi juga perlu dikawal supaya memberi ruang terhadap pemandu lain dihadapan setiap masa tanpa terburu buru jika didalam kesesakan jalan raya setempat.

Kemalangan merupakan satu perkara yang harus dijauhi semua orang bukan sahaja demi keselamatan kenderaan masing masing malah paling utama adalah nyawa pemandu mahupun penumpangnya sekali.

Sama sama kita semua memelihara pemanduan diatas jalan raya agar semua kenderaan terselamat lebih lebih lagi nyawa pemandu dan penumpang yang terdapat disetiap kenderaan yang bergerak diatas jalan raya.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan