Sabtu, 25 Jun 2022

BILA KORBAN BERAKHIR 

Oleh. Huzera Ben

New York. Dunia terus mendepani kematian serangan covid 19 tanpa berpenghujung dan tidak ada petanda kematian boleh berakhir. 

Sejak tahun 2020 sehingga hari ini korban serangan covid 19 mencecah 6,389,440 orang,  manakala jangkitan  melepasi 544,938,639 orang sementara didalam rawatan kekal berjumlah 23,595,931 orang.

Amerika Syarikat kekal tertinggi kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 1,039,771 orang, disusuli negara Brazil  669,612 orang manakala negara India berjumlah 524,941 orang serta negara Rusia berjumlah 380,711 orang. 

Dalam dunia merancak pembiyaan pelbagai jenis Vaksin dan disuntik pelbagai suku kaum seluruh dunia covid 19 terus menyerang dan membunuh  golongan yang lalai dalam penjagaan kesihatan, seperti negara Mexico sejak tahun 2020 sehingga kini telah mencatatkan korban berjumlah 325,487 orang, negara Peru berjumlah 213,425 orang, negara United Kingdom berjumlah 179,783 orang.

Bagi negara Itali sejak tahun 2020 sehingga hari ini korban serangan virus covid 19 berjumlah 167,892 orang, disusuli negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang manakala negara Indonesia berjumlah 156,706 orang  dan negara Perancis mencatatkan kematian berjumlah 149,228 sehingga masa kini.

Covid 19 dilaporkan belum berhenti sehingga hari ini diseluruh dunia dan mangsa utamanya adalah orang orang yang lalai dalam pemeliharaan kesihatan disamping gagal menutup hidung dan mulut semasa dikhalayak ramai, mengabaikan penjarakan diri dikhalayak ramai juga mengundangkan jangkitan covid 19 yang sirius dan menambah kematian tiap hari.

Bagi negara Iran kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 141,377 orang, negara Jerman berjumlah 140,462 orang, negara Colombia berjumlah 139,918 orang, negara Argentina berjumlah 129,016 orang, negara Poland berjumlah 116,405 orang, negara Ukraine berjumlah 108,622 orang dan negara Afrika Selatan berjumlah 101,697 orang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan